JOSEPH Kurup. FOTO Bernama.
JOSEPH Kurup. FOTO Bernama.
Rafiqah Dahali


Kota Kinabalu: Tan Sri Joseph Kurup hari ini mengumumkan bersara dalam politik dan melepaskan jawatan sebagai Presiden Parti Bersatu Sabah (PBRS) berkuatkuasa serta-merta.

Ketua Penerangan PBRS, Datuk Fredie Sua dalam satu kenyataan media berkata pihaknya memutuskan perkara terbabit dalam satu mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT), hari ini.

Susulan pengumuman persaraan terbabit, AMT sebulat suara bersetuju untuk melantik

Datuk Arthur Kurup selaku Timbalan Presiden untuk mengambil alih jawatan Presiden PBRS yang baharu.

"AMT meluluskan usul untuk melantik Tan Sri Joseph Kurup sebagai Pengerusi Kehormat PBRS berkuat-kuasa serta merta," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2023 @ 7:53 PM