Adam Adli Abdul Halim
Adam Adli Abdul Halim

Rakan muda antara jenama yang bermain di minda masyarakat Malaysia sejak 1990-an dan dilihat sebagai program pelapis yang mampu melonjakkan pemimpin muda negara.

Ia antara saluran penting untuk anak muda bersosial, menyertai program kemasyarakatan pada skala besar membabitkan belia di seluruh negara.

Bagi Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim, kementeriannya bertanggungjawab memastikan semua dasar dan hala tuju digariskan mencapai matlamatnya.

Kafe Ahad minggu ini mendapatkan beliau yang berkongsi iltizam seperti yang dicatatkan wartawan AMIR ABD HAMID.

Apakah peranan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk bantu suburkan kesedaran demokrasi?

KBS ada macam-macam nama. Kasut, baju dan seluar. Dalam belanjawan biasanya tak menerima bajet besar. Namun sebenarnya ini kementerian yang banyak buat program. Kekuatan menganjurkan program. Kita dilihat wakil belia. Ada pengaruh yang kuat. KBS tak bekerja bersendirian, kita melibatkan kementerian lain. Rakan Muda sekarang membabitkan kementerian lain. Macam program hari ini di bawah Rakan Demokrasi.

Apakah faktor mempengaruhi undi belia, pilihan rasional atau wajar?

Dia nak tengok apa dapat kat dia. Jangka pendek bersifat sementara, jangka panjang. Ada juga faktor nak ambil pengalaman mengundi. Nak buat kandungan tunjuk jari berdakwat. Ikut trend. Bagi saya golongan belia golongan yang tak boleh rigid sangat. Explore dan express.

Apakah masa PRN dan PRU saja ada program celik pilihan raya?

KPM dan KPT kena shaping politics. Tentulah menghampiri pilihan raya ia akan lebih meledak. Kita boleh lawan fitnah lawan hujah dan sebagainya. Kita ada program contohnya Rakan Demokrasi untuk menggerakkan kesedaran politik secara berpanjangan. Tahun sibuk untuk politik. Pergaduhan politik orang lama, kita orang muda terheret sama. Politik tiada personaliti pun tak boleh juga.

Ambil peluang orang yang suka live atau hantaran masing-masing. Tanggungjawab setiap seorang untuk lakukan ini.

Apa akan dilakukan kerajaan apabila program seperti Dialog Demokrasi pada hari ini akan melahirkan ramai individu kritikal dalam menegur kerajaan?

Sebagai orang yang lantang mengkritik kerajaan sebelum ini, saya tak nak jadi kerajaan bersikap sebagaimana saya pandang kerajaan dulu. Saya okay dengan kritik. Anda boleh nyatakan pendapat. Saya tak ada masalah dan saya tidak ada isu untuk cakap anda betul. Begitulah keadaan kerajaan sekarang juga. Apabila tengok Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sendiri, antara kerjanya sekarang turun dari satu kampus ke satu kampus untuk mendengar pendapat. Sebabnya beliau tahu jika beliau tak bermula daripada sini (kampus) suara pelajar, dekat mana pula beliau hendak bermula. Ini adalah tempat melahirkan pendapat. Ini tempat yang membawa banyak rumusan.

Soal jika ada aktivis pelajar yang jadi kritikal terhadap kerajaan, itu memang kita sudah jangka. Sebab kita buat macam ini (program Rakan Muda Rakan Demokrasi) untuk melahirkan lebih ramai orang yang nak berfikir. Jadi orang yang berfikir memang akan jadi macam itu (kritis). Saya awal lagi beritahu perkara ini kepada agensi seperti Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD). Memang ada soalan yang sama dalam sesi townhall dia tanya kalau kita buat program sebegini, bukankah kita akan lahirkan orang yang tak nak ikut cakap kerajaan.

Saya cakap memang betul, tetapi dia akan hargai ruang kebebasannya yang diberikan kepada mereka. Dan dia akan faham sekurang-kurangnya betul kerajaan terpaksa mendengarlah. Sepatutnya memang itu pun menjadi peranan kerajaan (mendengar suara rakyat).

Perbandingan Malaysia Future Leader School (MLFS) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)?

Program jauh berbeza. MLFS macam summer camp membentuk kepimpinan. PLKN sedikit ketenteraan bersifat khidmat negara. Kedua-duanya ada kebaikan. Saya tak pergi sebab saya tak terpilih. Ruang explore potensi baru.

Ada yang kata dulu YB garang menentang rasuah, kini tidak lagi. Apa komen YB?

Tak apa. Tetapi tidak adillah untuk dia tiba-tiba cakap kena turun jalan raya sebab kerajaan tak boleh turun jalan raya (sebaliknya) kerajaan kena buat kerja. Yang kedua, ialah hak masing-masing untuk bertanding (dalam PRN), tidak ada masalah.

Sejauh mana keyakinan YB dan KBS dalam menentukan bahawa tahap literasi demokrasi anak muda cukup matang?

Susah saya nak jawab soalan ini sebab jika saya jawab automatik i-LEAD kena buat kerja. Ini tak ada jawapan atas kertas. Memang tidak ada pilihan lain. Minta maaflah i-LEAD dan KBS. Tiada pilihan lain selain kena rajin. Kena pertingkatkan lagi usaha. Cuma saya bagi sikit pandangan peribadi. Saya dari pagi sampai ke malam pada masa ini tak berhenti bekerja setiap hari sama ada dengan kementerian mahu pun parti politik semuanya dalam konteks PRN.

Tetapi sebenarnya kerja ini kerja jangka panjang. Jadi saya sangat diberi ruang bukan untuk kejar PRN tetapi sebenarnya untuk jangka panjang.

Kita nak lahirkan orang yang boleh cakap pasal politik, yang boleh bandingkan maklumat dan sebagainya.

Saya tak pasti jika kita perlukan apa-apa saja bentuk akta untuk menangani masalah ini. Tetapi jika ia mungkin itu yang kita perlukan, maka kita boleh melihatnya nanti. Jika cakap akta bukanlah akta yang menghukum, ia adalah soal perlindungan dan sebagainya.

Saya sendiri bukan jenis tergolong dalam yang suka menghukum. Saya lebih menghargai jika sesuatu masalah itu kita tangani dengan cara advokasi berbanding nak menghukum.

Sebab sebagai orang yang pernah dihukum, saya tahu rasa dihukum. Terutama dalam konteks kebebasan bersuara dan berpolitik.

Mungkin apa yang boleh diwujudkan adalah perkara yang lebih bersifat membantu masyarakat.

Sebagai contoh kita nak tangani soal kesejahteraan antara kaum atau pun keharmonian kaum.

Maka kita kena selalu promosikan motivasi negara yang harmoni. Ini sebenarnya adalah persoalan yang berlarutan.

Tidak cukup dengan kita hanya promosikan program dengan bekerja siang malam, sebaliknya kita perlu lihat kerangka sistem itu sendiri dan pembudayaannya.

Sistem pendidikan sebenarnya paling banyak menyentuh apa yang kita hadapi sekarang dan ini kita memang kena berikan penekanan.

Kita perlu mulakan. Sebab apa yang dibimbangkan kepada yang sudah keluar daripada sistem selepas sekolah. Ia seperti radar, sebelum hilang dari radar adalah dalam sistem sekolah. Seawal sekolah rendah kita kena terapkan nilai-nilai yang perlu, bukannya mengenai politik kontemporari sebaliknya adalah memupuk nilai yang baik, hormat, kemahiran berfikir dan membuat perbandingan. Itulah kerja jangka panjang kita. Usaha KBS saja tidak cukup begitu juga i-LEAD yang hanya mempunyai 600 kakitangan seluruh negara. Sekurang-kurangnya kena ada 10 juta golongan muda untuk mengambil peranan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Julai 2023 @ 7:55 AM