PENYOKONG Perak diarah berkumpul di tengah padang selepas perlawanan. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
PENYOKONG Perak diarah berkumpul di tengah padang selepas perlawanan. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
BOBIE Farid (kiri) dan Norizam kini ‘berperang’ di media sosial. FOTO ARKIB NSTP
BOBIE Farid (kiri) dan Norizam kini ‘berperang’ di media sosial. FOTO ARKIB NSTP
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Isu panas membabitkan Kelantan FC dan Perak FC pada aksi Liga Perdana semalam, tidak menunjukkan tanda akan reda apabila 'bos besar' kedua-dua pasukan pula berperang di media sosial.

Ia berikutan kedua-dua pemimpin utama pasukan itu 'buka gelanggang' persengketaan di media sosial dengan masing-masing masih tidak berpuas hati terhadap kekecohan selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Bobie Farid Shamsudin menerusi akaun Facebooknya secara sinis meninggalkan pesanan dengan meminta pasukan The Red Warriors (TRW) dapat menerima kekalahan dengan hati terbuka.

"Sedikit pesanan, terima kekalahan dengan hati yang terbuka. Belajar lagi erti profesional dalam sukan. Wa dah main world level la Mat," katanya.

PENYOKONG Perak diarah berkumpul di padang di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, semalam. GAMBAR NIK ABDULLAH NIK OMAR
PENYOKONG Perak diarah berkumpul di padang di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, semalam. GAMBAR NIK ABDULLAH NIK OMAR

Melihat pandangan dilemparkan CEO itu membuatkan pemilik The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman menjadi 'panas' apabila menegaskan pihaknya menerima kekalahan, namun tidak dapat menerima sekiranya berlakunya provokasi tidak baik daripada penyokong lawan.

"Mudahan fans (penyokong) luar perlu lebih beradab dan profesional. Jangan datang tempat orang buat kacau.

"Kalah ke menang ke adat perlawanan. Saya boleh terima tapi kalau sampai provok kencing pijak bendera, ini sesuatu yang tidak baik. Di masa depan, perlu saling hormat menghormati.

"Semoga semua fans (penyokong) Kelantan semuanya sihat selamat pergi balik setiap kali match (perlawanan)," katanya.

Terdahulu, perlawanan kedua-dua pasukan itu dicemari dengan balingan mercun dan batu selepas aksi berakhir dengan kekalahan 1-2 buat tuan rumah yang juga kekalahan pertama mereka di laman sendiri.

Penyokong dipercayai membaling mercun menyebabkan berlaku kekecohan dari tempat duduk penonton sehingga ke tengah padang sebelum melarat ke pekarangan stadium.

Batu dibaling penyokong turut menyebabkan cermin bas membawa pemain Perak FC retak.

Namun begitu, ada lagi satu insiden yang cukup 'menyayat hati' pada perlawanan itu yang mendapat 'perhatian' salah sebuah akaun 'troll' bola sepak terbesar antarabangsa iaitu, Troll Football di Twitter yang mempunyai 2 juta pengikut.

Walaupun pasukan pelawat memenangi perlawanan itu, ada satu insiden menjadi bahan jenaka seluruh dunia apabila pemain import Perak FC, Sunday Afolabi melakukan aksi simulasi berlebihan.

Pemain itu melakukan provokasi di depan pertahanan Kelantan pada minit ke 85 dengan aksi tarian di hadapan pemain yang sedang bersedia untuk bertahan kerana ketika itu, pasukan Perak diberikan sepakan sudut.

Sebelum sepakan diambil, kaki pemain berasal dari Nigeria berkenaan kelihatan terlanggar secara tidak sengaja oleh Latif Suhaimi yang dilihat ingin berjalan untuk mengambil semula posisinya sebelum sepakan sudut diambil.

Ketika inilah aksi Afolabi yang mendakwa dia dikasari menjadi sebutan setelah dia jatuh, memegang bahagian kakinya sebelum berguling-guling di atas padang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2022 @ 4:46 PM