Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 terus melonjak dengan 17,134 kes dilaporkan hari ini berbanding 13,944 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia mencecah 2,956,332 setakat ini.

Katanya, daripada 17,134 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 99.5 peratus atau 17,048 kes adalah kategori 1 dan 2 manakala 86 kes (0.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.

"Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

"Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," katanya, menerusi Twitter, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Februari 2022 @ 3:23 PM