GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Seperti dijangka, kes positif baharu Covid-19 terus meningkat dengan 19,090 kes direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Jumlah itu meningkat 1,956 kes berbanding 17,134 kes direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,975,422 kes.

Katanya, daripada jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini, 18,977 kes terdiri daripada kategori satu dan dua.

"Sebanyak 113 kes atau 0.59 peratus adalah kategori tiga hingga lima," katanya dalam hantara di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

Menurutnya, data harian laman Covidnow dikemaskini sekali gus selepas tengah malam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Februari 2022 @ 3:19 PM