GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 kembali mencatatkan peningkatan dengan 3,175 kes dilaporkan hari ini berbanding 2,641 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,792,035 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

"Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," katanya di Twitter, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 January 2022 @ 2:26 PM