GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 kembali mencatatkan sedikit peningkatan dengan 3,198 kes dilaporkan hari ini berbanding 3,175 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,795,233 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemas kini selepas tengah malam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 January 2022 @ 2:38 PM