Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu positif Covid-19 mencatatkan sebanyak 7,509 kes hari ini meningkat sedikit berbanding 7,420 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini adalah 2,384,542 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemas kini selepas tengah malam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Oktober 2021 @ 2:42 PM