KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 2,154 kes baharu penularan virus Covid-19 hari ini, menjadikan kes kumulatif sebanyak 310,097.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh pula sebanyak 3,275 menjadikan kes kumulatif 286,904 atau 92.5 peratus.

Beliau berkata, kes aktif di negara ini dengan kebolehjangkitan penularan virus pandemik itu adalah 22,034 kes.

"Penularan tempatan adalah 2,149 iaitu membabitkan 1,339 warganegara atau 62.3 peratus manakala 810 bukan warganegara atau 37.7 peratus.

"Terdapat lima kes import membabitkan tiga warganegara dan dua bukan warganegara.

"Dukacita dimaklumkan terdapat enam kematian direkodkan hari ini yang membabitkan semuanya warganegara, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian 1,159 atau 0.37 peratus," katanya dalam kenyataan media mengenai perkembangan terkini Covid-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sejumlah 184 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 87 kes membabitkan penggunaan bantuan alat pernafasan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mac 2021 @ 6:46 PM