JINLI Street. FOTO Agensi
JINLI Street. FOTO Agensi
Agensi

Washington: Lazimnya pengunjung akan terpesona dengan keindahan rekaan seni bina terkenal seperti bangunan pencakar langit, rumah opera, jambatan dan menara mercu tanda ikonik.

Namun, ada juga individu yang tertarik dengan keindahan jalan yang sibuk dengan aktiviti beli-belah, tempat makan, berehat atau lokasi untuk bersiar-siar.

Berikut antara jalan paling indah di dunia seperti dirangkumkan CNN.

Setiap satunya memiliki keunikan tersendiri. Ia termasuk jalan di kawasan kediaman di New York City, tarikan bangunan bersejarah di Bath hingga lorong belakang yang penuh grafiti di Melbourne.

1. Jinli Street, Chengdu, China

Deretan rumah dan kedai kayu gaya zaman Dinasti Qing dipenuhi tanglung merah dan papan tanda tradisional menjadikan tempat ini sebagai tarikan pelancongan utama di Chengdu.

Walaupun diubah suai kepada bentuk terkini pada 2004, Jinli Street menyimpan sejarah 1,800 tahun hingga menjadikannya salah satu jalan beli-belah tertua di wilayah Sichuan.

2. Convent Avenue, Harlem, New York City

Jalan di New York City terkenal dengan beberapa tarikan seni bina arkitek terkenal dunia.

Harlem Convent Avenue menonjol dengan bangunan dan barisan pokok yang menjadi ciri unik di New York.

Paling mengagumkan Jalan 140th dan 145th di sebelah barat termasuk Gereja Baptis Convent Avenue dan 339 Convent Avenue atau rumah dikenali sebagai The Royal Tenenbaums.

3. Lombard St, San Francisco

Terkenal dengan lapan pusingan U antara blok bangunan, Lombard Street antara jalan paling sibuk di San Francisco.

Apa tidaknya, ramai orang beratur mengambil gambar kenangan hingga menjadikan jalan di situ sesak.

Dikatakan, ia jalan paling sibuk di dunia. Pemandangannya cukup indah dengan deretan bangunan di Russian Hill di sekelilingnya.

4. Caminito, La Boca, Buenos Aires, Argentina

CAMINITO. FOTO AFP
CAMINITO. FOTO AFP

Caminito membawa makna jalan kecil adalah jalan paling berwarna-warni di kawasan Buenos Aires.

Ia terbiar pada 1950 selepas landasan kereta api yang melintasi kawasan itu ditutup.

Artis tempatan Benito Quinquela Martín memberi nafas baharu kepada kawasan itu dengan karya seninya.

Kini, Caminito terkenal sebagai muzium jalanan dengan bangunan berwarna-warni hasil seni rekaan karya artis tempatan.

5. The Philosopher's Walk, Kyoto, Japan

THE Philosopher’s Walk. FOTO Agensi
THE Philosopher’s Walk. FOTO Agensi

Keindahan pohon ceri tumbuh segar di kedua-dua tebing menjadikan Philosopher Walk salah satu jalan paling indah di Jepun.

Ia terletak berdekatan terusan antara Ginkaku-Ji dan Nanzen-Ji.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2021 @ 6:35 AM