SUFIAN Abdul Karim. FOTO ihsan FB Sufian Abdul Karim
SUFIAN Abdul Karim. FOTO ihsan FB Sufian Abdul Karim
Olivia Miwil


Pitas: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas disahkan positif Covid-19, hari ini.

Sufian Abdul Karim menerusi Facebooknya berkata, beliau menerima keputusan ujian saringan hari ini dan disahkan positif Covid-19.

"Saya ingin memohon maaf kepada semua pengundi, jentera pilihan raya, rakan dan sanak saudara yang membantu sepanjang kempen.

"Doakan saya diberikan kekuatan untuk berdepan ujian ini dan segera sembuh," katanya.cebook.

Sufian turut memohon kontak rapatnya supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan melakukan saringan kesihatan.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Razlan Rafii dan Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan yang mengambil bahagian berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) turut disahkan positif Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


    Lagi berita berkaitan PRN Sabah

  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2020 @ 12:44 PM