DR Yusof memakai PPE di khemah khas pusat mengundi SJKC Chung Hwa Mesapol. FOTO ihsan Warisan
DR Yusof memakai PPE di khemah khas pusat mengundi SJKC Chung Hwa Mesapol. FOTO ihsan Warisan
Yun Mikail


Sipitang: Calon Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob hadir menunaikan tanggungjawab mengundi dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE).

Dr Yusof yang kini sedang menjalani kuarantin selama 14 hari memasukkan kertas undi di khemah khas yang disediakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Mesapol, jam 9.30 pagi.

Beliau dikuarantin berikutan menjadi seorang daripada kontak rapat kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Razlan Muhammad Rafii yang disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.

Selain Dr Yusof, dua calon lain yang turut sama menjalani kuarantin adalah dua calon Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Kamarlin Ombi yang bertanding kerusi DUN Lumadan dan Sani Miasin bagi DUN Sindumin.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


    Lagi berita berkaitan PRN Sabah

  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2020 @ 3:25 PM