AHLI keluarga Anita ketika bertemu dengan pegawai penyiasat dari Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu untuk mengetahui maklumat berhubung kes di Unit Forensik Hospital Daerah Setiu. FOTO Nurul Fatihah Sulaini

ANITA (kiri) bersama ahli keluarga berjumpa pegawai penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, Inspektor Taneshwaran Seritharan. FOTO Nurul Fatihah Sulaini
ANITA (kiri) bersama ahli keluarga berjumpa pegawai penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, Inspektor Taneshwaran Seritharan. FOTO Nurul Fatihah Sulaini
Nurul Fatihah Sulaini

"AFFIS sempat beritahu dia tak akan hantar adik-adiknya balik Kelantan dan minta saya mengambilnya di Terengganu sebelum sesi persekolahan bermula," kata Anita Hassan, 58, ibu kepada mangsa kemalangan di Kilometer 42 Sungai Tong, Setiujam, hari ini.

Kemalangan 5.30 pagi itu mengorbankan Mohamad Amirul Affis Mohamad, 23, serta anaknya, Nur Raisha Delisha, lima bulan; dan adiknya, Mohamad Amirul Akimi Mohamad, 15.

Difahamkan, dalam kejadian itu kereta Honda Jazz dipandu menantu Anita, Hanisyafiqah Syazwany Yaakub, 27, dari Kota Bharu, Kelantan menghala ke Ajil, Terengganu dipercayai terbabas sebelum hilang kawalan dan terlanggar penghadang jalan sebelah kanan.

Turut berada dalam kereta yang sama, seorang lagi anaknya, Balqis Mohamad, 8, yang mengalami cedera ringan serta dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Dua lagi anak tiri kepada Affis, Muhammad Rayyan Ashraff Alias, 6, cedera ringan dan Muhammad Rizairil AdamAlias, 3, cedera parah.

Anita berkata, anak serta keluarganya pulang ke Kok Lanas, Ketereh, Kelantan semalam untuk mengambil Amirul Akimi serta Balqis kerana mahu menghabiskan cuti persekolahan.

"Kebetulan masa itu saya berada di Jeli dan pulang ke Kok Lanas untuk menghantar dua beradik ini dan berjumpa mereka sekeluarga sebelum semula ke Jeli.

"Ketika Affis beritahu dia tidak akan hantar adiknya balik, saya memang tidak terlintas langsung nak jadi begini (kemalangan) kerana menyangka mungkin selepas ini dia sibuk kerja jadi tiada masa pulang semula ke kampung.

"Affis sempat minta maaf dengan saya tetapi saya beritahu dia tidak ada berbuat salah apa-apa dengan saya, termasuk juga adik-beradiknya yang lain," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Daerah Setiu di Permaisuri, hari ini.

AHLI keluarga Anita ketika bertemu dengan pegawai penyiasat dari Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu untuk mengetahui maklumat berhubung kes di Unit Forensik Hospital Daerah Setiu. FOTO Nurul Fatihah Sulaini
AHLI keluarga Anita ketika bertemu dengan pegawai penyiasat dari Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu untuk mengetahui maklumat berhubung kes di Unit Forensik Hospital Daerah Setiu. FOTO Nurul Fatihah Sulaini

Anita berkata, dia perasan sepanjang pertemuan kali terakhir itu Affis asyik merenung dan melihatnya sepanjang masa sehingga dia rasa segan.

"Ketika mahu bersalam dengan Amirul Akimi pula saya rasa tangannya teramat sejuk sehingga bertanya kenapa sejuk begini tetapi Akimi hanya gelak," katanya.

Dia berkata, sebelum mereka bertolak balik ke Terengganu dia sempat bertanya sama ada mereka larat mahu bergerak awal pagi atau tidak.

"Tetapi mereka kata tak apa boleh bergilir bawa kereta antara Affis dan isterinya kerana terpaksa balik awal pagi kerana Affis perlu masuk kerja hari ini.

"Saya sempat berpesan supaya telefon apabila sampai tetapi tiada panggilan sehingga seorang daripada saudara kami kemudian menghubungi saya dan memaklumkan anak saya serta keluarganya terbabit dalam kemalangan di Setiu," katanya.

Dalam pada itu, Anita berkata, dua anaknya Mohamad Amirul Affis, 23, dan adiknya, Mohamad Amirul Akimi, 15, akan dikebumikan di Kok Lanas, Ketereh, Kelantan.

Manakala, cucunya, Nur Raisha Delisha Mohamad Amirul Affis, 5 bulan akan dikebumikan di Kampung Tok Randok, Ajil, Terengganu atas permintaan ibunya.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita berkaitan

Bayi antara 3 maut

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2020 @ 6:34 PM