MESIN untuk membuat sarung telefon bimbit daripada kayu.
MESIN untuk membuat sarung telefon bimbit daripada kayu.
DUA sahabat gigih mencari pendapatan untuk menampung pengajian di UIAM.
DUA sahabat gigih mencari pendapatan untuk menampung pengajian di UIAM.
Nabihah Kamal


Walaupun masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Amirul Affi Romli, 23, bijak mencari peluang dan memanfaatkan masa terluang sehingga mampu memperoleh pendapatan dengan berniaga secara dalam talian.

Dia yang menjual sarung telefon bimbit kayu yang diukir mengikut cita rasa pelanggan meraih pendapatan lebih RM3,000 sebulan.

Bagaimanapun, apa yang diraih Amirul Affi atau mesra dipanggil Affi itu bukan datang bergolek kerana dia berdepan pelbagai cabaran.

Bagi mencari modal, dia berniaga menjual air dan menyediakan perkhidmatan cetakan di bilik hostel di universiti itu terlebih dulu.

Affi yang menuntut dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Senibina berkata, dia mengumpul RM2,000 untuk membeli mesin ukir sarung telefon itu dari luar negara.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2017 @ 5:16 AM