M Hifzuddin Ikhsan dan Nooazura Abdul Rahman dan Nor Farhani Che Ad


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah Ke-14 dan majlis pelantikannya akan dibuat hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan melantik Muhammad Sanusi selepas menerima peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Katanya, baginda turut menerima mengadap 36 ADUN bagi mendapatkan penjelasan mereka.

"Dimaklumkan selepas Sultan Sallehuddin mengadakan perjumpaan bersama semua ADUN Kedah pada 15 Mei lalu, baginda mendapati bahawa Mukhriz tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ADUN.

"Dengan itu baginda berkenan menerima peletakan jawatan Mukhriz sebagai Menteri Besar serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) hari ini, selaras dengan Perkara 37(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini.

Ammar berkata, pelantikan Muhammad Sanusi dibuat selepas didapati mendapat kepercayaan majoriti ADUN Kedah, seperti diperuntukkan di bawah Perkara 35 dan Perkara 37(2)(a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

"Majlis pelantikan Menteri Besar Kedah ke-14 akan diadakan di Pejabat Sultan Kedah, Wisma Darul Aman hari ini," katanya.

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi

Berita berkaitan

Sanusi Menteri Kedah ke-14

'Saya hilang kepercayaan majoriti Adun' - Mukhriz

Usah tangisi kejatuhan kerajaan PH Kedah

Sanusi angkat sumpah jawatan MB Kedah petang ini

Angkat sumpah MB Kedah baharu esok

EXCO Kedah dijangka letak jawatan esok

Mukhriz umum kedudukan esok

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2020 @ 11:23 AM