Najib Razak duduk di rumah sepanjang PKP dan PKPB. FOTO IG NAJIB RAZAK
Najib Razak duduk di rumah sepanjang PKP dan PKPB. FOTO IG NAJIB RAZAK
Raja Noraina Raja Rahim


BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoal kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa kehilangan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah disebabkan oleh beliau.

Najib menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini, turut mendakwa kenyataan Ahli Parlimen Jerlun itu berbohong.

"Sebab apa saya disalahkan apabila pemuda ini (Mukhriz) hilang kerja?

"Sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bermula, saya cuma #stayathome main FB, kucing dan makan super ring," katanya.

Berikutan itu, Najib meminta Mukhriz mengemukakan bukti bahawa beliau terbabit.

"Dalam bulan Ramadhan ni pun dia sanggup berbohong macam ni," katanya.

Terdahulu, Mukhriz pada sidang media di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah mendedahkan Najib sebagai dalang di sebalik tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Kedah selain menyebabkan beliau hilang jawatan sebagai Menteri Besar buat kali kedua.

Menurut Mukhriz, sekalipun arahan untuk menjatuhkan beliau sebagai Menteri Besar datang daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti PribumiBersatu Malaysia (Bersatu), namun Najib adalah sosok di belakang plot itu.

Berita berkaitan

'Najib Razak dalang utama' - Mukhriz

Kronologi kemelut politik Kedah

'Lebih baik saya jadi pembangkang' [METROTV]

Sanusi Menteri Kedah ke-14

'Saya hilang kepercayaan majoriti Adun' - Mukhriz

Usah tangisi kejatuhan kerajaan PH Kedah

Sanusi angkat sumpah jawatan MB Kedah petang ini

Angkat sumpah MB Kedah baharu esok

EXCO Kedah dijangka letak jawatan esok

Mukhriz umum kedudukan esok

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2020 @ 4:24 PM