MUHAMMAD Sanusi (duduk bawah) memohon restu kedua orang tuanya di Kompleks Pas Kedah, hari ini. FOTO Nor Farhani Che Ad
MUHAMMAD Sanusi (duduk bawah) memohon restu kedua orang tuanya di Kompleks Pas Kedah, hari ini. FOTO Nor Farhani Che Ad
Nor Farhani Che Ad


"SAYA harap dia dapat menjalankan tugas dengan ikhlas dan jujur. Saya sentiasa doakan segala urusan dilakukannya mendapat keredaan Allah SWT," kata Meriam Ahmad, 70, ibu Menteri Besar Kedah yang baharu, Muhammad Sanusi Md Nor.

Meriam berkata, anak ketujuh daripada 13 beradik itu diakui seorang yang meminati bidang politik dan sememang tegas serta lantang bersuara.

"Dia memang minat politik dan sejak masuk dalam dunia politik, dia selalu beritahu ada tanggungjawab besar yang perlu dipikul.

"Sebagai ibu, saya merestui dan sentiasa menyokong perkara baik yang dilakukannya," katanya.

Meriam bersama bersama suami, Md Nor Taib, 79, menyambut ketibaan Muhammad Sanusi di Kompleks PAS Kedah selepas majlis pelantikannya di Pejabat Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, petang tadi.

Muhammad Sanusi yang tiba di kompleks berkenaan sekitar 5.30 petang turut disambut isteri Jusmalailani Jusoh, 46.

Terdahulu, Muhammad Sanusi, 46, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri dilantik Menteri Besar Kedah ke-14 selepas mendapat kepercayaan majoriti ADUN Kedah.

Sementara itu, Jusmalailani berkata, dia sudah bersedia berhadapan dengan jadual harian suaminya yang lebih sibuk berbanding sebelum ini.

"Sejak 21 tahun berkecimpung dalam politik, suami sentiasa sibuk, namun suami masih membahagikan masanya bersama keluarga dengan baik.

"Selepas ini jadualnya akan lebih sibuk, ia perlukan pengorbanan, sebagai isteri saya kena memahami," katanya.

Berita berkaitan

Sebab apa saya disalahkan? - Najib Razak

'Najib Razak dalang utama' - Mukhriz

Kronologi kemelut politik Kedah

'Lebih baik saya jadi pembangkang' [METROTV]

Sanusi Menteri Kedah ke-14

'Saya hilang kepercayaan majoriti Adun' - Mukhriz

Usah tangisi kejatuhan kerajaan PH Kedah

Sanusi angkat sumpah jawatan MB Kedah petang ini

Angkat sumpah MB Kedah baharu esok

EXCO Kedah dijangka letak jawatan esok

Mukhriz umum kedudukan esok

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2020 @ 7:17 PM