GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Raja Noraina Raja Rahim


ZON merah Covid-19 kembali meningkat kepada 10 kawasan berbanding sembilan, setakat 12 tengah hari semalam.

Petaling di Selangor menyaksikan pertambahan sebanyak 13 kes dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan 52 kes, sekali gus zon merah.

Pada Ahad, daerah itu diletakkan sebagai zon kuning dengan 39 kes namun, jumlah kesnya meningkat semula, semalam.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menunjukkan sembilan daerah yang kekal zon merah ialah Hulu Langat, Gombak, Batu, ibu kota dan Kampung Baru, Sri Petaling, Kluang, Seremban, Kuching serta Kota Samarahan.

Selain itu, Infografik CPRC juga menunjukkan Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu diisytihar zon hijau apabila mencatatkan sifar kes aktif jangkitan Covid-19.

Ini menjadikan lima negeri bebas kes Covid-19 termasuk Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak.

Berlaku penambahan daerah zon hijau daripada 86 daerah kepada 111 daerah dan hingga semalam, Malaysia merekodkan 6,353 kes positif Covid-19 serta 1,764 kes aktif.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mei 2020 @ 1:22 PM