GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Zon merah Covid-19 kekal 26 daerah setakat 12 tengah hari semalam, dengan Lembah Pantai masih merekodkan jumlah kes tertinggi positif, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah berkenaan merekodkan 459 kes.

Selain Lembah Pantai, daerah Hulu Langat dan Petaling masing-masing mencatatkan kes kedua dan ketiga tertinggi dengan 378 dan 335 kes.

Zon merah mewakili jumlah positif Covid-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 tertinggi iaitu 1,183 kes manakala kes terendah di Labuan iaitu 15 kes.

Sementara itu, Malaysia berada pada kedudukan ke-34 dalam senarai negara dijangkiti pandemik Covid-19 di dunia, semalam dengan 4,530 kes positif dan 73 kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 April 2020 @ 11:43 AM