RUMAH mangsa di Taman Lip Sin terbakar. FOTO Ihsan Bomba.
RUMAH mangsa di Taman Lip Sin terbakar. FOTO Ihsan Bomba.
Shamsul Munir Safini


KANAK-KANAK perempuan enam tahun ditemui rentung selepas rumahnya di Taman Lip Sin, Bayan Lepas musnah dalam kebakaran, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Penguasa Bomba Kanan II Shamsol Alam Man berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 4.21 petang.

Katanya, sepasukan anggota tiba dan mendapati sebuah rumah teres dua tingkat marak terbakar.

“Kebakaran berlaku di tingkat atas dengan anggaran terbakar 60 peratus.

“Kebakaran dapat dikawal pada 4.47 petang dan seorang mangsa kanak-kanak ditemui terperangkap di tingkat atas.

“Dia disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kerja memadam kebakaran masih berlangsung.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 January 2020 @ 6:00 PM