CALON PH, Karmaine (gambar kiri) dan calon BN, Jeck Seng. FOTO NSTP
CALON PH, Karmaine (gambar kiri) dan calon BN, Jeck Seng. FOTO NSTP

KEPUTUSAN tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

9 malam: Barisan Nasional (BN) terus gah mendahului PRK Parlimen Tanjung Piai apabila calonnya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mengumpul majoriti 15,086 undi.

Jeck Seng memperoleh 25,466 undi, diikuti calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini menerima 10,380 undi.

Calon Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Wendy Subramaniam memperoleh 1,707 undi dan calon Berjasa, Dr Badrulhisham Abdul Aziz pula menerima 850 undi.

Sementara itu, dua lagi calon bebas, Dr Ang Chuan Lock memperoleh 380 undi, manakala Faridah Aryani Abdul Ghaffar menerima 32 undi.

Keputusan tidak rasmi itu dipaparkan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.

8.15 malam: Barisan Nasional (BN) secara tidak rasmi berjaya merampas semula Parlimen Tanjung Piai apabila calonnya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berjaya mengumpul majoriti 14,123 undi. Jeck Seng memperoleh dengan 23,621 undi, diikuti calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini dengan 9,498 undi.

8 malam: BN terus mendahului apabila Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memperoleh 22,508 undi, diikuti calon PH, Karmaine Sardini dengan 9,024 undi; manakala calon GERAKAN, Wendy Subramaniam (1,537); calon Berjasa, Dr Badrulhisham Abdul Aziz (761); calon bebas, Dr Ang Chuan Lock (327) dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar (26).

7.30 malam: Calon BN Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng selesa mendahului pada PRK Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti melebihi 10,000 undi apabila memperoleh dengan 17,440 undi, diikuti calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini dengan 6,733 undi.

7.20 malam: BN mendahului dengan majoriti 9,057 undi yang menyaksikan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memperoleh 14,428 undi, diikuti calon PH, Karmaine Sardini dengan 5,371 undi; manakala calon GERAKAN, Wendy Subramaniam (878); calon Berjasa, Dr Badrulhisham Abdul Aziz (478); calon bebas, Dr Ang Chuan Lock (150) dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar (20).

7.15 malam: Calon BN, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng kekal mendahului dengan 12,113 undi, diikuti calon PH, Karmaine Sardini dengan 4,335 undi; manakala calon GERAKAN, Wendy Subramaniam (738); calon Berjasa, Dr Badrulhisham Abdul Aziz (387); calon bebas, Dr Ang Chuan Lock (126) dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar (17).

7.05 malam: Calon BN, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mendahului dengan 3,779 undi, diikuti calon PH, Karmaine Sardini dengan 1,541 undi; manakala calon GERAKAN, Wendy Subramaniam (188); calon Berjasa, Dr Badrulhisham Abdul Aziz (74); calon bebas, Dr Ang Chuan Lock (29) dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar (4).

  • Lagi berita berkaitan PRK Tanjung Piai
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 November 2019 @ 7:12 PM