Muhaamad Hafis Nawawi dan Aizat Sharif


LELAKI yang bertindak membunuh dua beradik dalam kejadian amuk di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, Yan, kelmarin disahkan positif ganja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, keputusan itu diperolehi selepas saringan ujian air kencing dijalankan ke atas suspek terbabit.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar mengapa dia bertindak mengelar mangsa sehingga maut.

“Kita juga sudah memanggil beberapa saksi kejadian untuk membantu siasatan.

“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

NSTP semalam melaporkan kanak-kanak perempuan, Nurul Hanim, 5, dan adiknya, Muhammad Hafiz Idris, setahun, dibunuh dalam kejadian amuk itu.

Dalam kejadian jam 11.45 malam itu, Nurul Hanim ditemui dengan kesan tetak pada belakang badan manakala leher adiknya, Muhammad Hafiz, dikelar.

Sementara abang mereka, Muhammad Hakim, 7, yang tidur di bilik bersebelahan bersama neneknya, Jamilah Ismail, 60, terselamat.

Berita berkaitan

Salur nafas putus akibat dikelar

[UPDATE] Pilunya hati ayah...[METROTV]

[UPDATE] 'Pesakit mental, rupanya...'

[UPDATE] Kelu lihat 2 anak 'bermandi darah' [METROTV]

'Dia serang dengan kayu dulu...'

[UPDATE] Lelaki 'amuk' direman 7 hari

Petanda Angah tidak mahu makan dahulu...

[UPDATE] Polis rampas parang kelar dua beradik

2 budak maut dikelar

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 January 2019 @ 1:48 PM