JAMILAH melihat kesan darah pada tilam selepas dua cucunya (gambar kecil) dikelar seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Tengah, Sungai Yan di Yan, hari ini. Foto SHARUL HAFIZ ZAM
JAMILAH melihat kesan darah pada tilam selepas dua cucunya (gambar kecil) dikelar seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Tengah, Sungai Yan di Yan, hari ini. Foto SHARUL HAFIZ ZAM
Muhaamad Hafis Nawawi dan Aizat Shariff


“SELALU balik sahaja dari sekolah cucu saya (Nurul Hanim) akan makan dahulu, namun semalam dia tak mau sebelum masuk ke dalam bilik dan tidur sehingga ke malam."

Begitu kata Jamilah Ismail, 60, nenek kepada Mohamad Hafiz Idris, 1, dan kakaknya Nurul Hanim Idris, 5, yang maut selepas dikelar dan ditetak oleh lelaki yang mengamuk di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, Yan, malam semalam.

Jamilah berkata, pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa apabila cucunya yang mesra dipanggil Angah itu berkelakuan sedemikian.

Menurutnya, malah ketika bangun seketika malam tadi pun, dia tetap tidak mahu makan apabila ditanya sebelum masuk semula ke dalam bilik dan terus tidur.

“Tidak lama kemudian saya yang berada bersama seorang lagi cucu lelaki Mohammad Hakim, 7, (cucu sulung) di dalam bilik lain terdengar orang menjerit dan mengamuk di luar rumah.

“Saya hanya dengar lelaki itu bertanya di mana menantu saya (Idris Saad, 47) selepas dia menendang pintu dapur.

“Saya beritahu Idris tidak ada sebelum adik menantu saya yang berada di tingkat atas turun ke bawah, namun dia diserang dan cedera di telinga,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Katanya, ketika kejadian, menantunya tiada di rumah kerana turun ke laut dan tidak menyangka lelaki terbabit tergamak membuat cucunya seperti itu.

“Ketika berlari keluar menyelamatkan diri pun, saya terdetik di dalam hati apalah dia nak buat dekat cucu (mangsa).

“Malah, Angah ketika pulang ke sekolah sempat menunjukkan lukisan dilukisnya dan saya meminta dia menyimpan elok-elok dan tunjukkan dekat mak dia nanti,” katanya.

Berita berkaitan

[UPDATE] Polis rampas parang kelar dua beradik

2 budak maut dikelar

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 January 2019 @ 11:48 AM