LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Muhaamad Hafis Nawawi dan Aizat Sharif


LELAKI bertindak menetak dan mengelar dua beradik di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, Yan, dipercayai mengalami masalah mental.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, siasatan awal setakat ini mendapati suspek kemungkinan mempunyai masalah itu sehingga sanggup bertindak sedemikian, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, suspek berusia 49 tahun itu memang mengenali bapa kepada mangsa, malah rumah mereka juga tinggal berhampiran.

Pihaknya akan memanggil mereka yang berada di lokasi kejadian termasuk bapa mangsa untuk mengetahui motif kejadian.

“Suspek yang ditahan juga masih belum memberi kerjasama mengapa dia bertindak seperti itu.

“Kita juga sedang menunggu hasil laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa,” katanya ketika ditemui melawat lokasi kejadian petang ini.

Mior Faridalthrash berkata, semakan juga mendapati lelaki itu yang sudah bercerai dua tahun lalu memiliki beberapa rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

“Kita juga sudah menjalankan ujian saringan air kencing dan sedang menunggu keputusan sama ada positif atau tidak.

“Sebilah parang ditemui di atas jalan, manakala sebilah parang lagi ditemui di rumah suspek,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Saya juga menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung motif kejadian seperti ada masalah hutang atau sebagainya.

“Biarkan kita jalankan siasatan dahulu selepas selesai mengambil keterangan semua pihak,” katanya.

Tinjauan juga mendapati lokasi rumah mangsa dengan suspek terletak kira-kira 300 meter dan difahamkan duda anak dua itu tinggal bersendirian selepas berpisah.

Berita berkaitan

[UPDATE] Kelu lihat 2 anak 'bermandi darah' [METROTV]

'Dia serang dengan kayu dulu...'

[UPDATE] Lelaki 'amuk' direman 7 hari

Petanda Angah tidak mahu makan dahulu...

[UPDATE] Polis rampas parang kelar dua beradik

2 budak maut dikelar

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 January 2019 @ 5:56 PM