Ibu mangsa, Nor Farahwahida Mohd Nasir, 36 (tengah) ketika menunggu jenazah anaknya di Hospital Jempol. (Gambar kecil) Muhammad Fawwas.  FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Ibu mangsa, Nor Farahwahida Mohd Nasir, 36 (tengah) ketika menunggu jenazah anaknya di Hospital Jempol. (Gambar kecil) Muhammad Fawwas. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Abnor Hamizam Abd Manap


“SAYA reda dengan ujian Allah. Tiada siapa harus dipersalahkan termasuk adik ipar yang menjaga arwah anak sejak dilahirkan.

“Muhammad Fawwas Hawwari disayangi seluruh ahli keluarga, malah adik iparlah yang menjaganya kerana saya dan isteri bekerja,” kata Nasir Nain, 39, bapa kepada bayi berusia lapan bulan yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari katil, malam semalam.

Kejadian berlaku pada 9.30 malam ketika Muhammad Fawwas yang juga anak bongsu dari empat beradik tidur di rumah ibu saudaranya di Kampung Baru Rompin, Jempol.

Nasir berkata, mengikut perancangan, arwah anaknya itu akan dibawa ke rumah saudara mereka di Alor Setar, Kedah hujung bulan ini namun hasrat adik ipar tidak menjadi kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamddin berkata, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Bahau sebelum disahkan meninggal dunia pada 10 pagi hari ini.

"Mayat dihantar ke Hospital Jempol sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk bedah siasat. Buat masa ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 November 2017 @ 7:28 PM