SHAHRIL minta MFL teliti permohonan mereka.
SHAHRIL minta MFL teliti permohonan mereka.
Syazwan Msar


Shah Alam: Status Piala Sumbangsih memasuki episod seterusnya apabila Selangor FC mengemukakan permohonan rasmi kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) supaya menunda tarikh perlawanan itu.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar menjelaskan permohonan itu dikemukakan atas dasar keselamatan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) berkata pihaknya memohon MFL membuat penelitian mengenai perkara itu dengan surat permohonan sudah dikemukan kepada MFL, hari ini.

"Hari ini Selangor FC membuat permohonan secara rasmi sekiranya pihak MFL dan juga JDT (Johor Darul Ta'zim) bersetuju untuk perlawanan Piala Sumbangsih kalau dapat diubah, bukan dibatalkan atas dasar keselamatan.

"Itu (faktor keselamatan) saya tak boleh dedahkan. Kita sudah buat permohonan rasmi kepada MFL. Biar MFL teliti dan perbincangan lanjut akan dijalankan," katanya ketika ditemui di lobi hospital, sebentar tadi.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan Faisal yang juga tonggak penting skuad kebangsaan mengalami kecederaan di bahagian lengan dan badan selepas diserang individu tidak dikenali menggunakan asid ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, kelmarin.

Mengikut jadual, aksi Piala Sumbangsih yang bakal menemukan JDT dan Selangor sepatutnya berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mei 2024 @ 6:21 PM