GAMBAR menunjukkan satu daripada kapal yang terbabit dalam perlanggaran. FOTO petikan daripada video rakaman Leong Wai Kit (Channel News Asia)
GAMBAR menunjukkan satu daripada kapal yang terbabit dalam perlanggaran. FOTO petikan daripada video rakaman Leong Wai Kit (Channel News Asia)


Singapura: Seorang rakyat Malaysia adalah antara 12 anak kapal korek JBB DE RONG 19 yang didaftar di Republik Dominika yang berlanggar dengan sebuah kapal tangki yang didaftar di Indonesia KARTIKA SEGARA di perairan Singapura kira-kira 1.7 batu nautika barat daya Sisters Island.

Pelanggaran menyebabkan kapal korek itu separuh tenggelam.

Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 12.40 tengah malam berkata, 11 lagi anak kapal itu merupakan warga China.

Menurutnya, tujuh daripada anak kapal telah dibawa untuk rawatan di Hospital Umum Singapura sementara lima lagi tidak dapat dikesan.

MPA berkata 26 orang anak kapal KARTIKA SEGARA tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian dilapor berlaku ketika kapal korek itu sedang berlepas dari laluan barat sementara kapal tangki itu sedang menuju laluan timur. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 September 2017 @ 12:41 PM