DIMITROV (kiri) meraikan kemenangan selepas menewaskan Del Potro di Mason, Ohio, semalam.
DIMITROV (kiri) meraikan kemenangan selepas menewaskan Del Potro di Mason, Ohio, semalam.
Reuters

Cincinnati: Grigor Dimitrov menewaskan pemain Argentina Juan Martin del Potro buat kali pertama selepas mencuba kali keenam untuk menempah tiket menyertai kelompok lapan pemain terakhir di Terbuka Cincinnati semalam.

Pilihan ketujuh dari Bulgaria mara ke aksi suku akhir kelapan acara Masters 1000 Jelajah Dunia ATP dengan kemenangan 6-3 7-5 ke atas Del Potro, yang bergelut dengan kepanasan melampau pada babak akhir perlawanan dalam aksi berlanjutan selama satu jam 39 minit.

“Dia lawan yang mencabar, seorang pemain berpengalaman,” kata Dimitrov.

“Saya perlu menjauhkan diri daripada pukulan itu. Saya sedar jika saya terus membalas pukulan kilasnya dengan pukulan rendah dan terus bermain, ia perkara yang betul untuk dilakukan. Saya fikir saya melakukan perkara yang betul hari ini.”

Dimitrov akan menempah tiket ke separuh akhir buat tahun kedua berturut-turut apabila berdepan pemain Jepun Yuichi Sugita, yang mara ke suku akhir kejohanan Masters 1000 buat pertama kali.

Sugita pemain bukan pilihan mengatasi pemain Russia Karen Khachanov 6-7(0) 6-3 6-3 sebelum ribut petir memaksa perlawanan ditangguhkan lebih daripada dua jam.

Pemain Jepun berusia 28 tahun yang menjulang gelaran pertama Jelajah Dunia ATP ketika Terbuka Antalya Julai lalu, selain tiga kejuaraan Jelajah Pencabar ATP tahun ini.

“Dia (Sugita) bermain dengan begitu baik, pasti sukar untuk menentangnya,” kata Dimitrov.

Dimitrov bermula cemerlang dengan mendahului 3-0 ke atas Del Potro.

Del Potro mengikut jejak Dimitrov dengan memenangi tiga game pertama pada set kedua namun gagal memanfaatkan tiga peluang mencatat mata set pada kedudukan 5-4 sebelum pemain Argentina itu bergelut dengan cuaca panas.

Doktor dipanggil ketika kedudukan 6-5 tetapi Del Potro bertekad untuk menamatkan perlawanan itu.

Dimitro mencatat rekod kemenangan 31-14 untuk musim ini termasuk dua gelaran Jelajah Dunia ATP.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Ogos 2017 @ 8:49 AM