Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Obor yang akan menyalakan api Sukan SEA ke-29 atau Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada majlis pembukaan, 19 Ogos depan mula dibawa menjelajah ke seluruh negara bagi menaikkan semangat penganjuran temasya sukan Asia Tenggara itu tahun ini.

Bermula di Johor Bahru semalam, obor itu dibawa berlari sejauh 15.5 kilometer dari Dataran Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat hingga ke sempadan daerah Kulai yang berakhir di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

Acara pelepasan semalam disempurnakan Setiausaha Ahli Parlimen Pulai, Datuk Abd Rashid Kasman sebagai wakil rasmi Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Johor, Abdul Ghani Abdul Rahman.

Menurut Ghani, pihaknya menerima pendaftaran secara dalam talian sebanyak 270 penyertaan, namun sambutan diterima amat menggalakkan apabila lebih 300 orang terdiri daripada rakyat Johor khususnya yang berada di bandar raya Johor Bahru turut menyertai larian obor itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mei 2017 @ 8:47 AM
RASHID (tengah), Ghani  (kanan) dan Zarina bersama obor sebelum acara pelepasan Larian Obor KL2017.
RASHID (tengah), Ghani (kanan) dan Zarina bersama obor sebelum acara pelepasan Larian Obor KL2017.