MESIN slot yang dirampas penguat kuasa MPJBT.
MESIN slot yang dirampas penguat kuasa MPJBT.
MESIN slot yang dirampas penguat kuasa MPJBT.
MESIN slot yang dirampas penguat kuasa MPJBT.
Teks dan gambar oleh Redzuan Muharam

Johor Bahru:Sebanyak 46 mesin slot dan empat mesin simulator dirampas dalam Ops Pusat Hiburan Keluarga Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) di dua premis berasingan di Taman Pulai Utama dan Taman Flora, di sini pada jam 2.30 petang tadi.

Operasi berkenaan membabitkan 30 penguat kuasa daripada MPJBT dan lima pegawai Pejabat Daerah Johor Bahru.

Pegawai Tadbir MPJBT selaku Ketua Operasi Azrullail Masijan berkata, serbuan itu dijalankan hasil aduan orang awam dan risikan sejak dua minggu lalu.

Katanya, semua barangan yang dirampas bernilai kira-kira RM130,000 dan dibawa ke stor simpanan MPJBT di Taman Damai Jaya, Skudai.

Kes disiasat mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Johor dan Undang Undang Kecil Perniagaan dan Perlesenan MDJBT 1982, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Oktober 2014 @ 4:31 PM