GARIN tersingkir. FOTO AFP
GARIN tersingkir. FOTO AFP
AFP

Delray Beach, Amerika Syarikat: Pemain nombor 789 dunia, Christian Harrison mengejutkan pilihan utama dari Chile, Cristian Garin 7-6 97/3), 6-2 hari ini untuk mara ke suku akhir Terbuka ATP Delray Beach.

Pemain tuan rumah berusia 26 tahun itu meraih hanya kemenangan keempat dalam karier ATPnya dan yang kedua minggu ini selepas menewaskan pemain ranking ke-22 dari Amerika Selatan itu dalam tempoh 90 minit.

Harrison yang mengalami kecederaan pinggul dan kaki dalam lapan kariernya mara ke peringkat lapan terakhir dan akan menentang pemain Itali, Gianluca Mager yang mengatasi cabaran pilihan keenam dari Amerika Syarikat, Sam Querrey 7-6 (10/8), 6-1.

"Saya suka apa yang saya lakukan," kata Harrison. "Saya tak sabar meneruskan permainan dan harap memiliki kesihatan yang baik untuk beberapa tahun lagi."

Harrison muncul pemain kedua dari ranking rendah yang mara ke suku akhir sejak kejohanan bermula pada 1993 selepas pemain Argentina, Juan Martin del Potro melakukannya pada 2016 ketika menduduki ranking 1,042 selepas kerap dibelenggu kecederaan.

"Dia beraksi sangat baik, " kata Garin. "Permainannya pantas. Bola banyak membantu permainannya dan saya harap dia akan dapat beraksi seperti ini pada baki saingan musim.''

Sementara itu, Mager yang menjadi naib juara kepada Garin di Rio 2020 merampas tie-break dan terus mengekalkan momentum untuk menewaskan juara Delray 2016.

Dia akan berusaha melengkapkan kekalahan keluarga Harrison selepas menewaskan abang Christian, Ryan Harrison pada pusingan pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2021 @ 10:36 PM