JUARA bertahan, Novak Djokovic (kiri) bersalaman dengan Denis Kudla selepas perlawanan pusingan ketiga Wimbledon, hari ini. FOTO AFP
JUARA bertahan, Novak Djokovic (kiri) bersalaman dengan Denis Kudla selepas perlawanan pusingan ketiga Wimbledon, hari ini. FOTO AFP
AFP

London: Juara bertahan, Novak Djokovic mengatasi cabaran hebat pemain Amerika Syarikat, Denis Kudla untuk mara ke peringkat 16 terbaik buat kali ke-13 di Wimbledon, hari ini.

Pemain nombor satu dunia itu mengatasi Kudla yang menduduki ranking ke-114 dunia, 6-4, 6-3, 7-6 (9/7) untuk maa ke pusingan keempat di Grand Slam buat kali ke-55.

Djokovic yang berusaha menyamai rekod 20 kemenangan kejohanan utama, mudah melepasi dua set awal, tetapi terpaksa bangkit selepas ketinggalan 1-4 sebelum merekodkan kemenangan ke-75 di All England Club.

"Lambang keunggulan atlet profesional adalah anda tidak mudah mengalah," kata Djokovic yang kini separuh jalan untuk muncul lelaki ketiga dalam sejarah - sejak Rod Laver buat kali pertama pada 1969 – melengkapkan kalendar Grand Slam.

"Saya sentiasa bermain secara maksimum terutama di pentas kejohanan antara terbesar di dunia ini.

"Ketika kecil, saya memang bercita-cita menang di Wimbledon."

Juara enam kali itu kini akan berdepan pemain pilihan ke-17, Christian Garin dari Chile di pusingan keempat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Julai 2021 @ 1:48 AM