EKSKAVASI perlu dilakukan dengan teliti.
EKSKAVASI perlu dilakukan dengan teliti.
PELAJAR dalam bidang arkeologi komited menunjukkan cara membuat  bahan binaan kepada pengunjung.
PELAJAR dalam bidang arkeologi komited menunjukkan cara membuat bahan binaan kepada pengunjung.
KAWASAN gua juga antara lokasi tapak arkeologi di Malaysia.
KAWASAN gua juga antara lokasi tapak arkeologi di Malaysia.
PENGUNJUNG boleh menyertai aktiviti mencari gali artifak.
PENGUNJUNG boleh menyertai aktiviti mencari gali artifak.
PEKERJA ekskavasi tidak memakai kasut atau selipar untuk mengelakkan kerosakan artifak.
PEKERJA ekskavasi tidak memakai kasut atau selipar untuk mengelakkan kerosakan artifak.
PELBAGAI artifak bernilai tinggi boleh dijumpai di tapak arkeologi.
PELBAGAI artifak bernilai tinggi boleh dijumpai di tapak arkeologi.
Hafiz Ithnin

Setiap negara pastinya mempunyai lakaran sejarah tersendiri dan ia penting bagi kita mengenang kembali kesan peninggalan termasuk penceritaan yang pernah berlaku sebagai iktibar atau dijadikan kajian golongan pengkaji profesional.

Pastinya, tinggalan sejarah juga menjadi identiti yang dikenal pasti sektor pelancongan sebagai satu daripada produk yang boleh diketengahkan kepada masyarakat umum terutama pelancong dari luar negara.

Adakah anda tahu, sudah wujud satu produk pelancongan yang dinamakan sebagai pelancongan arkeologi atau nama ringkasnya dikenali sebagai pelancongan arkeo?

Baru-baru ini, penulis berpeluang mengunjungi tapak peninggalan kerajaan lama di utara Semenanjung dan menemui pakar tempatan yang turut bercerita berkenaan pelancongan arkeo yang mula berkembang di negara ini.

PELBAGAI artifak bernilai tinggi boleh dijumpai di tapak arkeologi.
PELBAGAI artifak bernilai tinggi boleh dijumpai di tapak arkeologi.

Lebih menarik, sektor pelancongan itu juga menjadi cabang penyelidikan arkeologi yang mampu memberi manfaat dan limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat khasnya.

Dalam kunjungan itu, penulis menemu bual penuntut ijazah doktor falsafah (PhD) Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM) dalam pengkhususan pelancongan arkeo, Siti Nurul Saiha Moahamad.

Nurul berkata, pelancongan arkeo adalah aktiviti melawat tapak tinggalan warisan tamadun manusia yang kini menjadi kajian pengkaji dan ia lebih khusus dalam aktiviti mencari gali atau dikenali sebagai ekskavasi.

EKSKAVASI perlu dilakukan dengan teliti.
EKSKAVASI perlu dilakukan dengan teliti.

Beliau berkata, di luar negara sektor pelancongan dalam bidang ini sudah lama berkembang dan di Malaysia ia dalam proses membangunkannya kerana tidak begitu popular dalam kalangan pelancong.

“Kebanyakan pelancong yang datang ke tapak tinggalan warisan seperti di Lembah Bujang (Kedah), Lenggong (Perak) dan Niah (Sarawak) melihatnya sebagai satu aktiviti melancong dan melawat tempat bersejarah.

“Bagaimanapun, mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah satu aktiviti pelancongan arkeologi dan bukan saja dapat melihat tinggalan sejarah tamadun manusia lama, turut berpeluang menyaksikan ekskavasi yang dilakukan pengkaji,” katanya.

PELAJAR dalam bidang arkeologi komited menunjukkan cara membuat  bahan binaan kepada pengunjung.
PELAJAR dalam bidang arkeologi komited menunjukkan cara membuat bahan binaan kepada pengunjung.

Katanya, aktiviti melawat tapak arkeologi di Malaysia juga mampu memberi manfaat kepada pengunjung terutama kumpulan pelajar sekolah kerana dapat melihat sendiri secara realiti tapak tinggalan kerajaan atau tamadun terdahulu secara langsung.

Menerusi aktiviti melawat tapak bersejarah seperti itu, mereka dapat memahami lebih mendalam kerana bukti yang diceritakan di dalam buku teks terpapar di depan mata.

“Mungkin segelintir pelajar tidak suka membaca dan lebih gemar kepada aktiviti mudah dilihat untuk memahami sesuatu perkara.

“Selain itu, peluang menyertai aktiviti ekskavasi bersama penyelidik turut membantu mereka untuk mempunyai minat menjadi ahli arkeologi pada masa depan,” katanya.

PENGUNJUNG boleh menyertai aktiviti mencari gali artifak.
PENGUNJUNG boleh menyertai aktiviti mencari gali artifak.

Merancakkan lagi sektor pelancongan arkeologi katanya, di kawasan tapak sejarah Lembah Bujang umpamanya mempunyai pemandu pelancong profesional dalam kalangan penduduk setempat.

“Memandangkan kerja ekskavasi kebanyakannya menggunakan tenaga kerja manusia, jadi penduduk setempat turut terbabit dalam melakukan aktiviti itu.

“Biasanya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menunggu keputusan peperiksaan bekerja dengan pihak arkeologi untuk kerja cari gali,” katanya.

PEKERJA ekskavasi tidak memakai kasut atau selipar untuk mengelakkan kerosakan artifak.
PEKERJA ekskavasi tidak memakai kasut atau selipar untuk mengelakkan kerosakan artifak.

Nurul berkata, disebabkan Malaysia mempunyai banyak kawasan tinggalan sejarah yang menjadi tapak kajian pakar arkeologi, kita seharusnya berbangga dengan khazanah ini.

Katanya, pengunjung asing yang datang melawat kawasan arkeologi juga memberikan maklum balas positif kerana kita mampu menghasilkan kajian sejarah tamadun dan kerajaan manusia terdahulu.

KAWASAN gua juga antara lokasi tapak arkeologi di Malaysia.
KAWASAN gua juga antara lokasi tapak arkeologi di Malaysia.

Lokasi pelancongan arkeo di Malaysia

1. Tapak Warisan Dunia Arkeologi Lembah Lenggong, Perak.

2. Tapak Arkeologi Sungai Batu, Kedah.

3. Kota Johor Lama, Johor.

4. Tapak Arkeologi Candi Batu Pahat, Merbok, Kedah.

5. Tapak Arkeologi Kota Melaka, Bandar Hilir, Melaka.

6. Gua Niah, Sarawak.

7. Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah.

8. Tapak Arkeologi Gua Bewah, Terengganu.

9. Tapak Arkeologi Gua Senyum, Pahang.

10. Agup Batu Tuluk- Pengebumian Keranda Balak, Kinabatangan, Sabah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Oktober 2018 @ 11:44 AM