MASIH kukuh walau sudah berusia 117 tahun.
MASIH kukuh walau sudah berusia 117 tahun.
 JAMBATAN Victoria tarikan pelancongan.
JAMBATAN Victoria tarikan pelancongan.
myMetro

Terletak di Enggor, Kuala Kangsar, Perak, Jambatan Victoria sememangnya menggamit pelancong.

Berusia 117 tahun, nama Jambatan Victoria diambil sempena nama Ratu Victoria yang memerintah United Kingdom (UK) ketika itu.

Jambatan yang juga dikenali sebagai Jambatan Enggor merentasi Sungai Perak ini mula dibina pada 1897 dan menjadi jambatan kereta api tertua di Malaysia.

Tempoh pembinaannya mengambil masa selama tiga tahun dan pada 1900 ia dibuka secara rasminya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada tahun 1900.

Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah GW Fryer, Divisional Engineer dan CR Hanson.

Pembinaan jambatan ini melengkapkan laluan kereta api dari Enggor ke Kuala Kangsar. Pada 1910, jambatan ini digunakan sepenuhnya untuk laluan kereta api dari Perai ke Johor Bahru.

Pada 2002, ia tidak lagi digunakan, namun terus menjadi salah satu tarikan pelancongan di Kuala Kangsar.

Di sini, selain dapat melihat sendiri jambatan kereta api yang masih kukuh, keindahan Sungai Perak dan kedamaian suasana kampung yang mendamaikan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Jun 2017 @ 11:35 AM