Bella Astillah
Bella Astillah
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: "Jangan risau dia (Aliff Aziz) sayang awak (Ruhainies), sebab itulah dia tinggalkan kami anak-beranak," kata pelakon Bella Astillah berhubung perbualan tular antara Aliff dan Ruhainies di aplikasi WhatsApp yang didedahkan oleh kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine, semalam.

Bella menerusi hantaran di Instagram Story seolah-olah sudah bersedia untuk keluar daripada kehidupan rumah tangganya itu.

"Tak perlu nak hentikan masa. Awak boleh memiliki dia," katanya yang ditujukan khas buat Ruhainies.

Menerusi hantaran berbeza, Bella menafikan dia meminta pasukannya menghantar kiriman emel kepada beberapa jenama untuk berhenti bekerjasama dengan Ruhainies.

"Fitnah. Bila masa pula pasukan saya nak pergi emel jenama? Nak bukti. Macam mana boleh terfikir idea fitnah sampai ke tahap ini Ruhainies?," soal Bella selepas membaca perbualan WhatsApp Ruhainies kepada Aliff.

Terdahulu, Sarah membuat pendedahan dengan berkongsi beberapa paparan skrin perbualan antara Ruhainies dan Aliff.

Antaranya termasuk isu tangkap khalwat, mesej romantis, perceraian, komplot menjatuhkan Bella selain perbualan mengenai Emma dan Chacha Maembong yang mengutuk isteri Aliff.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2024 @ 4:14 PM