Aznil Nawawi
Aznil Nawawi
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi bakal menyerikan slot pagi Kool 101 setiap Isnin jam 6.30 hingga jam 10 pagi. 

Aznil atau mesra dengan panggilan Pak Nil berkata, kehadirannya sebagai tetamu jemputan seminggu sekali itu bagi berkongsi pengalaman hidupnya khas buat pendengar stesen radio Kool 101.

"Tugas saya adalah untuk berkongsi pengalaman, kerja, hidup dan juga menjawab pertanyaan daripada pendengar. Kembalinya saya bukan sebagai penyampai radio sebaliknya sebagai tetamu jemputan. 

"Saya akan berceloteh bersama Muaz dan Haiza untuk segmen pagi itu. Keterujaan muncul di radio seminggu sekali sebagai pelepas rindu ketika saya beraksi bersama arwah Din Beramboi, Hanif dan Ray suatu ketika dulu," katanya.

Kool 101 berperanan sebagai salah satu stesen radio di Malaysia yang sentiasa menyampaikan isu semasa dan sosial kepada pendengar. 

Pelbagai perkara istimewa yang Kool 101 bawakan untuk pendengar tahun ini antaranya ialah Kool-Ways Giveaway, Seratus Satu Kool, Masterclass Kool 101 dan banyak lagi.

Kehadiran Pak Nil selaku tetamu jemputan menyemarakkan lagi segmen 101 Pak Nil. Beliau memiliki pengalaman dalam pelbagai cabang seni yang mana beliau pernah menjadi penyampai berita, penerbit, wartawan di TV3, pelakon, penyanyi dan penyampai radio. 

Kool 101 juga mengambil inisiatif ini di mana bukan sahaja Paknil sebagai wajah baru di Kool 101, malah Hazeman Huzir dan Jamal Jamaluddin juga adalah wajah baru untuk Kool 101. 

Pendengar boleh mendengarkan Paknil di segmen Pagi On Point Extended bermula bersama Haiza dan Muaz, PM Kool 101 bersama Hanif dan Hazeman Huzir, juga Cerita Malam Kita bersama Jamal Jamaluddin.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2024 @ 9:04 PM