Neelofa. FOTO Aziah Azmee
Neelofa. FOTO Aziah Azmee
Najiy Jefri

: Aziah Azmee

Kuala Lumpur: Selebriti popular, Neelofa memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung dakwaan kakaknya, Noor Nabila sudah bercerai.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkata, dia enggan memberikan kenyataan yang boleh menjejaskan keadaan.

"Saya tak nak komen apa-apa. Lebih baik saya mendoakan saja.

"Sudah tentu sebagai ahli keluarga dan juga adik-beradik, saya mendoakan yang terbaik. Jadi saya tak mahu ulas apa-apa," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Warisan di butik Naelofar di KL East Mall, di sini, pagi ini.

Selebriti, Neelofa hadir pada majlis pelancaran koleksi Warisan di Butik Naelofar. FOTO Aziah Azmee
Selebriti, Neelofa hadir pada majlis pelancaran koleksi Warisan di Butik Naelofar. FOTO Aziah Azmee

Terdahulu, media melaporkan rumah tangga Noor Nabila dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin didakwa sudah retak menanti belah.

Sumber rapat kepada pasangan itu berkata, mereka yang bernikah sejak dua tahun lalu itu sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perceraian.

Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum berkahwin dengan Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mac 2023 @ 4:19 PM