YANA Samsudin
YANA Samsudin

Kuala Lumpur: Pelakon, Yana Samsudin ditahan dan dirawat di sebuah hospital selepas menghidap demam teruk selama dua hari.

Menerusi hantaran di Instagram oleh suaminya, Fadzil Zahari, keluarganya masih lagi menunggu keputusan pemeriksaan daripada doktor.

"Saya nak maklumkan, yang Yana ditahan di hospital malam ini (semalam). Badannya lemah selepas dua hari demam teruk. Belum dapat keputusan doktor lagi. 

"Kalau influenza, mungkin kena kuarantin empat hingga lima hari. Harap, anda dapat doakan kesembuhan Yana. Insya-Allah," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Fadzil turut memohon maaf kepada beberapa pihak atas keuzuran isterinya sekaligus terpaksa membatalkan beberapa aktiviti kerja.

"Kami nak memohon maaf buat semua yang ada bersangkutan kerja kerana terpaksa menunda atau mungkin tak dapat hadir ke beberapa acara, penggambaran, rakaman suara dan mesyuarat," tulisnya.

Hantaran itu turut dikongsikan dengan gambar Yana yang sedang terlantar di katil hospital.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mac 2023 @ 3:40 PM