YANA Samsudin.
YANA Samsudin.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon, Yana Samsudin berkongsi berita duka apabila 12 anggota keluarganya disahkan positif Covid-19.

Dalam hantarannya di Instagram Story, Yana memaklumkan, dua kakaknya juga antara yang dijangkiti.

"Dukacita dimaklumkan, ahli keluarga saya iaitu Kak Yati dan Kak Liza disahkan positif Covid-19. 12 orang semuanya termasuk anak-anak.

"Sesiapa yang dah berhubung secara rapat boleh membuat ujian calitan sebab Kak Long saya tidak bergejala. 

"Anak Kak Ngah saya juga tidak bergejala. Sama-sama kita jaga kesihatan," tulisnya.

Terdahulu, Yana meluahkan perasaannya di platform sama semalam.

"Sedihlah. Tak tahu nak sedih atau apa. Semoga mereka kuat dan sihat semuanya," tulisnya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Ogos 2021 @ 6:02 PM