ANWAR Ibrahim kesal dengan tindakan seorang pengguna media sosial yang menulis ciapan biadab mengenai keadaan kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang.
ANWAR Ibrahim kesal dengan tindakan seorang pengguna media sosial yang menulis ciapan biadab mengenai keadaan kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan tindakan seorang pengguna media sosial yang menulis ciapan biadab mengenai keadaan kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang merosot dan kini sedang dirawat di hospital.

Menerusi ciapan di Twitternya, Anwar mengarahkan pengguna berkenaan, Zaki Yamani memohon maaf atas hantarannya itu.

"Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera," tulisnya.

Zaki terdahulu menulis satu ciapan biadab terhadap kesihatan Abdul Hadi dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semalam, kesihatan Abdul Hadi dilaporkan merosot dan sedang dirawat di hospital.

Perkara itu dimaklumkan anak beliau, Muhammad Khalil Abdul Hadi, menerusi hantaran di Facebooknya.

"Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru. Kesihatan ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Julai 2023 @ 9:12 AM