Muaz Zabir
Muaz Zabir
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: "Termasuk abang dah ramai cakap macam ni. Bila ramai sangat cakap macam tu, kita tak boleh menidakkan. Tapi tak apa, cuma bezanya saya tak nak menjadi penyanyi tapi pelakon." 

Demikian kata Muaz Zabir yang menjawab komen pengguna laman sosial di TikTok yang menyamakan wajahnya iras usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri. 

Muaz, 25, atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir berkata, dia tidak pernah melenting, marah atau rimas setiap kali mendapat pertanyaan sedemikian terutama daripada kenalan baru dan orang sekeliling.

"Sebenarnya ramai dah cakap benda ni iaitu muka saya ada iras Datuk Seri Aliff Syukri, apatah lagi kalau jumpa kawan baru macam dalam program Fit For Action. Saya pun iyakan saja. Siapalah kita nak menghalang apa yang orang nak cakap mengenai kita. 

"Cuma, apa yang penting adalah reaksi kita. Sebenarnya, saya bangga bila disamakan dengan Aliff Syukri. Beliau pun kacak, berjaya dalam perniagaan, jutawan dan sebagainya. Siapa tak kenal beliau kan? Tapi, saya tidak mahu mengikut bayang orang lain dalam industri hiburan ini. 

"Kalau boleh nak ada personaliti sendiri supaya orang kenal saya sebagai Muaz Zabir. Cuma, kejayaan beliau siapalah yang tak nak," katanya. 

Muaz yang juga juara program Fit For Action di TV3 berkata, dia berharap orang ramai juga mendoakan kejayaan dirinya. 

"Kepada yang bercakap muka kami sama, saya berharap turut sama mendoakan saya agar berjaya dan memiliki kekayaan macam beliau.  

"Mungkin beliau banyak kontroversi sebelum ini, tapi saya yakin dia orang yang baik. Kita tak tahu personaliti orang tu di sebalik kamera. Apa yang dia tunjuk, itu kita nampak. Kadang itu adalah matlamat dan tujuan 'marketing'. Kita tak sedar diri sendiri tak adalah baik sangat," katanya. 

Menurutnya, dia juga teringin berjumpa dengan penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu selain mahu menuntut ilmu kejayaan. 

"Ada yang tanya, kalau diberi peluang nak tak jumpa Aliff Syukri. Jawapan saya, apa salahnya. Sebab banyak perkara dan ilmu boleh diambil daripada orang yang berjaya ini. Macam mana dia berjaya, menjadi jutawan dan macam mana dia boleh tahan dengan segala percakapan orang mengenai dirinya. 

"Pendek kata, saya bangga ada persamaan wajah dengan Aliff Syukri," katanya.

@muaz.zabir Replying to @4riffendi ♬ original sound - Boii - Muaz Zabir

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Disember 2022 @ 1:34 PM