ULAR dipercayai ular sawa bersaiz gergasi didakwa ditemui di sekitar Elmina, Shah Alam. FOTO tangkap layar video orang awam
ULAR dipercayai ular sawa bersaiz gergasi didakwa ditemui di sekitar Elmina, Shah Alam. FOTO tangkap layar video orang awam
TV3

Shah Alam: Seekor ular sawa bersaiz gergasi didakwa ditemui di sekitar kawasan Elmina dekat sini.

Berdasarkan video yang ditularkan, rakaman itu memaparkan reptilia berkenaan sedang menjalar di satu kawasan berbukit ketika ia dirakam penduduk setempat.

Ia kemudian dikongsikan di laman Twitter pemilik akaun @yayaaazmi semalam.

Dalam ciapannya, dia berkata, "Ular sawa/anaconda jumpa dekat area Elmina. Recorded by one of the residents (Dirakam oleh salah seorang penduduk) dan posted (dikongsikan) dalam group community Denai Alam.

"Seram weh besar macam ini, bukan setakat orang ni, lembu kambing pun dia telan ni."

Malah, dalam ciapan itu, dia memberitahu tiada perkembangan lanjut mengenai penemuan ular gergasi berkenaan setakat ini.

Sementara itu seorang lagi pengguna Twitter turut mengesahkan kesahihan penemuan reptilia berkenaan.

"Betul…. budak-budak basikal pun nampak semalam. Di Elmina Green katanya," tulisnya.

@buletintv3 Kemunculan seekor ular dipercayai ular sawa yang bersaiz gergasi didakwa ditemui di sekitar kawasan Elmina, Shah Alam, telah mengejutkan penduduk setempat #BuletinTV3 #BeritaDiTiktok #UlarSawa #Anaconda #UlarGergasi #Elmina ♬ original sound - BuletinTV3

Sementara itu, rata-rata pengguna lain melahirkan kebimbangan memandangkan reptilia tersebut ditemui berdekatan taman perumahan dan kawasan riadah.

"Dahsyat. Besar sangat ni mat. Dah macam dalam movie Anaconda dah saiz dia tu. Ni manusia dia boleh telan ni. Tengok kepala dia tu besar mana.

"Elmina ni kawasan sawit… time saya kecik (kecil) kawasan Elmina tu pokok je. Elmina pun tengah nak buat belah baru… jadi habitat ular sawa terancam. Hope (harap) dapat settle (diselesaikan) secepat mungkin, besar ni," komen netizen.

Malah, ada yang seakan tidak percaya dengan video terbabit.

"Betul ke AI (artificial intelligence atau kecerdasan buatan) ni?" kata salah seorang pengguna.

Ada juga yang berharap, ular tersebut ditangkap dan dipindahkan ke habitat asalnya atau kawasan lain yang lebih sesuai.

"Hopefully the snake (Berharap ular itu) dipindahkan somewhere else very far away (ke lokasi yang jauh) dalam hutan. It definitely not their fault (Ia bukan salah reptilia itu)," ciap seorang lagi pengguna yang membalas ciapan asal.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengesahkan tidak menerima laporan mengenai kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Julai 2023 @ 7:24 PM