@itsalifsatar tak sama langsung………
Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi video pertemuannya dengan 'kembar' versi wanita.
Dalam hantarannya di beberapa platform media sosial, Alif kelihatan gembira bertemu dengan gadis dikenali sebagai Baa Satar itu.
"Tak sama langsung ......," tulis Alif dalam nada bergurau.
Dalam video itu, Alif dan Baa dilihat melakukan beberapa ekspresi wajah yang kelihatan mirip.
Video seterusnya yang dimuat naik Alif menampilkan Baa di warung sate Alif diiringi lagu Lelaki Seperti Aku yang dipopularkan Alif.
Terdahulu, Baa mula tular di TikTok apabila menghasilkan video meniru nyanyian Alif menerusi lagu itu.