AARON Carter.
AARON Carter.
Agensi

California: Penyanyi rap, Aaron Carter, 34, yang juga adik kepada anggota kumpulan Backstreet Boys, Nick Carter ditemui mati lemas dalam tab mandi di kediamannya di Lancaster, California, Amerika Syarikat (AS), pagi semalam.

Wakil pengurusannya mengesahkan mengenai berita kematian itu.

"Sekarang adalah masa yang sangat sukar dan kami sedang mengenal pasti situasi yang berlaku di samping punca kejadian," katanya.

Wakil itu juga meminta peminat-peminat Carter untuk turut berkongsi rasa duka dengan keluarganya.

"Kami juga bersedih seperti orang lain dan berharap agar peminat dapat berkongsi kesedihan itu dengan keluarganya," katanya.

Portal TMZ melaporkan bahawa pihak polis Los Angeles tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11 pagi (waktu California) selepas menerima laporan mengenai kejadian itu.

Carter memulakan kariernya sebagai artis jemputan di pembukaan beberapa konsert dan siri jelajah kumpulan Backstreet Boys.

Sekitar penghujung 1990-an dan awal 2000-an, Carter berjaya menjual jutaan unit empat albumnya yang mana, sudah dikeluarkan sejak dia berusia sembilan tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 November 2022 @ 12:58 PM