JIMMY Carter. FOTO Reuters.
JIMMY Carter. FOTO Reuters.
BERNAMA

Houston (Amerika Syarikat): Bekas Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter akan menghabiskan sisa hayatnya di rumah bersama keluarga dan menerima rawatan hospis, lapor Xinhua memetik kenyataan Carter Center pada Sabtu.

"Selepas menerima rawatan yang singkat di hospital, bekas Presiden AS Jimmy Carter hari ini memutuskan untuk menghabiskan sisa hidupnya di rumah bersama keluarga dan menerima rawatan hospis.

"Beliau mendapat sokongan penuh keluarga dan pasukan perubatannya.

"Keluarga Carter memohon agar diberikan ruang privasi pada saat ini dan berterima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan ramai penyokongnya," menurut Carter Center dalam satu kenyataan.

Carter disahkan mengalami beberapa masalah kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk kanser otak.

Beliau adalah pemimpin parti Demokrat, dan berkhidmat sebagai presiden AS dari 1977 hingga 1981.

Beliau juga bekas presiden AS tertua yang masih hidup.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Februari 2023 @ 11:34 AM