Penyaman udara Panasonic memberikan ruang pengudaraan yang sejuk, berkualiti dan bersih buat seisi keluarga. - FOTO Freepik
Penyaman udara Panasonic memberikan ruang pengudaraan yang sejuk, berkualiti dan bersih buat seisi keluarga. - FOTO Freepik
Hanis Aliaa Hidzir

TIADA yang lebih penting selain daripada memastikan kediaman yang didiami selamat untuk seisi keluarga terutamanya isi rumah dengan anak kecil dan warga tua.

Ini termasuklah menjaga kualiti dan kebersihan udara di dalam kediaman bagi membolehkan seisi keluarga bernafas dengan selamat serta sentiasa dilindungi dari risiko penularan penyakit.

Perlindungan terbaik buat yang tersayang

Menjaga keselamatan keluarga di dalam kediaman kini lebih mudah dengan adanya Penyaman Udara nanoe™ X Inverter Panasonic.

Dilengkapi teknologi nanoe™ X, penyaman udara ini berupaya menghalang sehingga 99.99 peratus Novel Coronavirus* selain terbukti dapat menyekat aktiviti virus dan bakteria dalam ruang udara kediaman.

Selain memberikan perlindungan daripada bau, penyaman udara dengan kuasa radikal hidroksil ini juga dapat menghalang pertumbuhan bakteria, virus, kulat dan alergen sambil memberikan udara yang lembab dan perlindungan sehingga 24 jam.

Lebih menarik, penyaman udara ini turut hadir dengan teknologi Inverter Panasonic, menjanjikan udara nyaman dan selesa tanpa menggunakan kos elektrik yang tinggi.

Penyaman udara ini dapat menghalang penggunaan tenaga berlebihan dengan mengubah kelajuan motor bagi disesuaikan dengan suhu bilik.

Hasilnya, pengguna dapat menikmati pengalaman penyejukan berkuasa yang konsisten dengan kecekapan tenaga yang dioptimumkan.

Lindungi anda dan tersayang dalam ruang tertutup dengan Penyaman Udara nanoe™ X Inverter Panasonic.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Panasonic Malaysia atau kunjungi media sosial Panasonic di Facebook, Instagram dan Youtube

*Novel Coronavirus penyebab Covid-19". Ini tidak menjamin imuniti pengguna terhadap virus dan bakteria.

*Hasil ujian mungkin berbeza bergantung pada jarak dan kawasan pendedahan kualiti udara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 April 2023 @ 12:00 PM