SYA seronok tengok penonton secara bersemuka.
SYA seronok tengok penonton secara bersemuka.
Georgie Joseph


SEJAK aktiviti persembahan secara langsung rancak dibenarkan hujung tahun lalu, ia memberi platform terbaik buat penyanyi tempatan terutama yang baharu mencipta nama memperkenal lagi nama mereka.

Tidak ketinggalan, empat artis rap naungan Def Jam Recordings Malaysia iaitu Asyraf Nasir, Siqma, SYA, dan Kowachee berpeluang menunjukkan bakat mereka depan khalayak baru-baru ini.

Sebagai label rakaman yang meningkat naik namanya dalam pasaran arus perdana, platform persembahan sebegitu amat bermakna buat mereka. Apalagi, dalam mempromosikan lagu sendiri.

Menurut Asyraf, dia sangat teruja apabila beraksi depan khalayak meskipun setakat di pentas dalam pusat beli-belah. Baginya, tenaga yang disalurkan sama saja seperti beraksi di pentas lebih gah.

"Saya melihat persembahan itu sebagai satu pementasan penting. Meskipun pengunjung yang hadir tidak sengaja menjadi penonton, paling seronok apabila mereka tetap berhenti untuk menyaksikan persembahan kami.

"Saya sendiri bermula dengan persembahan 'underground'

ASYRAF salur sepenuh tenaga di pentas.
ASYRAF salur sepenuh tenaga di pentas.

dan jalanan. Saya anggap persembahan sebegitu sebagai persembahan jalanan yang mana penonton lalu-lalang akan tertarik untuk menonton.

"Bagaimanapun, saya tetap memberikan sepenuh tenaga terhadap persembahan seperti di pentas besar. Walau cuma ada lima penonton sekalipun, saya takkan sekali pamer tenaga yang kurang dalam nyanyian," katanya.

Demikian juga Siqma yang menyifatkan perasaan dapat kembali ke pentas cukup melegakan. Mana tidak, lama juga artis tempatan 'terperap' disebabkan larangan persembahan sebelum ini.

KOWACHEE
KOWACHEE

"Platform diberikan Def Jam ini tentu sekali cukup bagus buat kami penyanyi rap baharu. Ini masa buat kami ketengahkan lagi bakat yang selama ini belum dipertonton kepada umum.

"Terus terang saya memang teruja dan gementar juga pada masa sama berdepan khalayak. Maklumlah lama tidak berada atas pentas dan disaksikan ramai.

"Apa pun, saya akan terus biasakan diri untuk pastikan kembali selesa menakluk pentas. Saya juga berharap akan rancak lagi penganjuran acara persembahan sebegini," katanya.

Penyanyi lagu Madame, SYA juga tidak menafikan lega apabila dapat membuat persembahan depan penonton secara bersemuka. Dia menaruh harapan dapat menjelajah lebih banyak lokasi bagi mempromosikan namanya.

"Kalau dahulu saya lebih banyak mempersembahkan lagu orang lain. Kini saya sudah ada lagu sendiri dan teruja untuk nyanyi dan perkenalkan kepada lebih ramai orang.

SIQMA kembali biasakan diri beraksi depan khalayak.
SIQMA kembali biasakan diri beraksi depan khalayak.

"Perasaan apabila dapat beraksi di pentas sememangnya membuatkan saya lebih berkobar-kobar. Saya mahu tampil lebih kerap dalam pelbagai acara dan buat banyak lagi persembahan.

"Saya juga nak sangat menjelajah ke pelbagai tempat untuk menyanyi secara langsung depan khalayak," katanya.

Pada acara yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya itu, setiap penyanyi tampil dengan dua lagu dan berjaya menggamatkan suasana. Masing-masing memberikan nyanyian bertenaga dan menghiburkan.

Dihoskan penyampai radio Ili Ruzana, keempat-empat artis terbabit sempat beramah mesra dengan pengunjung. Mereka turut mengadakan sesi kuiz dan menghadiahkan cenderahati kepada pengunjung bertuah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 January 2022 @ 6:30 AM