Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Penyanyi IU mengungguli kategori Artis Wanita Terbaik, Persembahn Vokal Terbaik dan Kolaborasi Terbaik bersama AKMU di Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2021 yang berlangsung di Paju, Korea Selatan, malam tadi.

Selain IU, kumpulan BTS juga menyapu bersih kategori Album Terbaik TikTok, Ikon Seluruh Dunia Terbaik TikTok, Lagu Terbaik TikTok dan Artis Terbaik TikTok.

BTS menerusi lagu Butter juga memenangi kategori Persembahan Tarian Kumpulan Lelaki Terbaik MAMA 2021 dan Kumpulan Lelaki Terbaik.

Dalam pada itu, dua penyanyi Indonesia iaitu Anneth dan Lyodra menjadi pemenang Artis Asia Terbaik (Indonesia) dan Artis Baru Asia Terbaik MAMA 2021 (Indonesia).

Pada MAMA 2021, Mnet mengumumkan bagaimana pemenang dipilih bagi setiap kategori yang mana pengiraan pada tahun ini berbeza dari penyelenggaraan sebelumnya.

Peminat tidak terbabit dalam penentuan beberapa pencalonan seperti tahun sebelumnya iaitu menerusi kategori Artis Terbaik, Lagu Terbaik dan Album Terbaik. Namun, kali ini pencalonan menerusi pengiraan penstriman global.

Bagaimanapun, kategori Ikon Seluruh Dunia Terbaik dan Top 10 Pilihan Peminat Seluruh Dunia masih ditentukan menerusi pilihan peminat.

Bagi kategori Artis Terbaik dan Anugerah Kategori Artis, pengiraan berdasarkan 40 peratus juri, 20 peratus penjualan digital, 20 peratus penjualan album, 10 peratus video muzik dan 10 peratus lagi di platform muzik global.

Sementara untuk Lagu Terbaik dan Anugerah Kategori Genre Lagu adalah 40 peratus berdasarkan juri, 30 peratus penjualan digital, 10 peratus penjualan album, 10 peratus video muzik, dan 10 persen di platform muzik global.

Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2021 juga boleh ditonton di platform muzik hiburan terkemuka Asia, Joox.

Berikut senarai penuh pemenang Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2021.

Artis Baru Lelaki Terbaik

ENHYPEN

Artis Baru Wanita Terbaik

aespa

Artis Lelaki Terbaik

Baekhyun EXO

Artis Wanita Terbaik

IU

Kumpulan Lelaki Terbaik

BTS

Kumpulan Wanita Terbaik

TWICE

Muzik Video Terbaik

BTS

Persembahan Tarian Kumpulan Lelaki Terbaik

BTS - Butter

Persembahan Tarian Kumpulan Wanita Terbaik

aespa - Next Level

Persembahan Tarian Solo Terbaik

Rosé BLACKPINK - On The Ground

Persembahan Vokal Terbaik

IU - Celebrity

Persembahan Kumpulan Terbaik

JANNABI - A thought on an autumn night

Muzik Hip Hop & Urban Terbaik

ASH ISLAND - MELODY

Runut Bunyi Terbaik

Jo Jung-suk - I Like You (OST. Hospital Playlist 2)

Kolaborasi Terbaik

AKMU - NAKKA (with IU)

Album Terbaik TikTok (Daesang)

BTS - BE

Ikon Seluruh Dunia Terbaik TikTok (Daesang)

BTS

Momen Pilihan TikTok

BTS

Lagu Terbaik TikTok (Daesang)

BTS - Butter

Artis Terbaik TikTok (Daesang)

BTS

KTO Breakout Artist

Brave Girls

Artis Asia Terbaik

JO1 (Jepun)

ACCUSEFIVE (Taiwan)

Tilly Birds (Thailand)

Anneth (Indonesia)

Quan A.P. (Vietnam)

Artis Baru Asia Terbaik

ADO (Jepun)

Anson Lo (Hong Kong)

Sprite X Guygeegee (Thailand)

Lyodra (Indonesia)

Hoang Duyen (Vietnam)

Artis Asia Pilihan

INI

Artis Antarabangsa Pilihan

Ed Sheeran

Penerbit Eksekutif Terbaik

Bang Si-hyuk

Penerbit Terbaik

Teddy

Komposer Terbaik

Yoo Young-jin

Jurutera Album Terbaik

Gu Jong-pil

Kwon Nam-woo

Koreografer Terbaik

Leejung Lee

Top 10 Pilihan Peminat Seluruh Dunia

Stray Kids

NCT Dream

NCT 127

ENHYPEN

TXT

BTS

Lisa BLACKPINK

SEVENTEEN

TREASURE

TWICE

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Disember 2021 @ 8:38 AM