BTS  trofi utama Anugerah Daesang pada acara berprestij Anugerah Muzik Seoul 2020 yang berlangsung di Gocheok Sky Dome, hari ini. FOTO AGENSI
BTS trofi utama Anugerah Daesang pada acara berprestij Anugerah Muzik Seoul 2020 yang berlangsung di Gocheok Sky Dome, hari ini. FOTO AGENSI
Georgie Joseph


KUMPULAN BTS dari Korea Selatan terus melakar kejayaan manis apabila memenangi trofi utama Anugerah Daesang pada acara berprestij Anugerah Muzik Seoul 2020 yang berlangsung di Gocheok Sky Dome, hari ini.

BTS yang dianggotai Jin, J-Hope, RM, Suga, Jimin, V dan Jungkook turut memenangi kategori Rekod Terbaik menerusi album Maps of the Soul. Persona serta Anugerah Bonsang sekali gus mengumpul 16 trofi setakat ini sepanjang penganjuran acara itu.

Bagaimanapun, EXO terus unggul apabila pulang dengan tiga trofi menerusi kategori Anugerah Populariti, Anugerah Khas Hallyu, dan Anugerah Paling Popular QQ Music.

Untuk rekod, EXO adalah artis paling banyak menang sejak Anugerah Muzik Seoul dianjurkan bermula 1990 iaitu 25 trofi. Kemudian diikuti BTS, Super Junior (13), Shinee (12), dan Girls’ Generation (12).

Acara yang dihoskan Kim Heechul, Jo Bo-ah, dan Shin Dong-yup turut dihangatkan dengan persembahan daripada ITZY, TXT, AB6IX, NCT Dream, Red Velvet, MAMAMOO, TWICE, MONSTA X, NU’EST, Super Junior, Taeyeon, Chungha, Kassy, Paul Kim, Kim Jae Hwan, Ha Sung Woon, Song Ga In, Kim Hyun Chul, dan Daybreak.

Kriteria pemilihan pemenang untuk kategori utama, artis baru, balada, R&B/Hip Hop, runut bunyi, dan persembahan tari dinilai menerusi beberapa aspek. 40 peratus penilaian daripada juri, 30 peratus jualan album dan lagu, dan 30 peratus undian telefon pintar.

Manakala untuk kategori populariti adalah seratus-peratus daripada undian peminat di Korea Selatan, anugerah K-Wave seratus peratus daripada peminat luar Korea, dan kategori khas juri seratus peratus dinilai panel juri serta penganjur.

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH MUZIK SEOUL 2020

Anugerah Daesang: BTS

Anugerah Bonsang: NCT Dream, Chung Ha, Paul Kim, Red Velvet, BTS, EXO, MAMAMOO, NU’EST, Monsta X, TWICE, Taeyeon, Super Junior

Rakaman Terbaik: Maps of the Soul: Persona - BTS

Rakaman Digital Terbaik: Four Seasons - Taeyeon

Artis Baru Terbaik: Tomorrow X Together, AB6IX, ITZY

Anugerah Trot: Song Ga In

Anugerah R&B/Balada: Kassy (R&B), Kim Jae Hwan (Balada)

Anugerah Hip-Hop/Rap:

Anugerah Runut Bunyi: All About You (Taeyeon)

Anugerah Persembahan Tari: Ha Sung Woon

Anugerah Band: Daybreak

Anugerah Populariti: EXO

Anugerah Khas Hallyu: EXO

Anugerah Penemuan Terbaik: Kim Hyun Chul

Anugerah Paling Popular QQ Music: EXO

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 January 2020 @ 10:54 PM