BTS sekali lagi akan melancarkan album terbaharunya antara bulan Oktober hingga  Disember ini. FOTO AGENSI
BTS sekali lagi akan melancarkan album terbaharunya antara bulan Oktober hingga Disember ini. FOTO AGENSI
Agensi

WALAUPUN konsert jelajah dunia dibatalkan berikutan penularan Covid-19, kehebatan kumpulan K-pop yang mencetuskan kegilaan remaja dunia, BTS tidak pernah pudar.

Ketua Pegawai Eksekutif Big Hit Entertainment, Bang Si-hyuk berkata, pembatalan konsert tidak melemahkan kerjaya BTS, malah penjualan album keempat berjudul Map of the Soul : 7 mencatatkan peningkatan berbanding album terdahulu, Map of the Soul: Persona, tahun lalu.

Lebih menarik, BTS sekali lagi akan melancarkan album terbaharunya antara bulan Oktober hingga Disember ini.

"Ini berita yang akan saya sampaikan untuk pertama kalinya. Melalui persiapan panjang daripada barisan penyanyi BTS, album terbaharu kumpulan itu akan dilancarkan hujung tahun ini," katanya.

Khabar angin pembikinan album baru BTS sudah tercetus sejak April lalu. Ketika ini, setiap anggota BTS sedang mempersiapkan album terbaharu mereka sejak konsert jelajah dunia dibatalkan.

BTS mempelopori muzik pop Korea Selatan sejak kemunculan sulung pada 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2020 @ 9:37 AM